Wednesday 17 April 2013

wajarkah.?


hii dan assalam semua. tadi masa tengah baca surat khabar online saya terbaca tentang isu yang tak berapa nak baru rasanya sebab pernah di bincangkan sebelum ini cuma mungkin baru kini tindakanya di ambil. mengenai apa? tentang apa? harga minyak naik ke? harga gula naik ke? ohhhh... salah. semuanya salah. isu yang saya maksudkan disini adalah mengenai jumlah wang hantaran yang telah di tetapkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

mana yang masih belum tahu tentang isu ini jom tengok ni.

UPSR/PMR/SRP : RM1000 - RM3000
SPM : RM3000 - RM8000
STPM/DIPLOMA : RM8000 - RM12 000
DEGREE : RM12 000 - RM15 000
2ND DEGREE/ MASTER : RM15 000 - RM20 000 
PHD : RM 20 000 - RM30 000

haaaa ini lar dia senarai wang hantaran kahwin yang di keluarkan oleh pihak JAKIM. korang semua rasa wajar ke perkara ini di selaraskan macam ni? wang hantaran di senarai pendekan mengikut status akademik seseorang. apa pandangan korang tentang isu ini? bagi aku ini sesuatu yang menarik untuk di bincangkan dekat sini. okeh untuk tulisan yang berwarna oren tu adalah status pendidikan saya yang menuntut di salah sebuah universiti tempatan. itu maknanya wang hantaran untuk majlis perkahwinan saya di masa akan datang *kalau diberi jodoh. in shaa allah* adalah sebanyak itu? persoalanya cukupkah memandangkan dengan harga barang yang tingginya pada masa sekarang? bukan nak demanding cuma persoalan yang terlintas di kepala bila memandangkan jumlahnya.

macam mana pula dengan pasangan yang si gadisnya lebih berpelajaran tinggi? mungkin di peringkat degree. sedangkan si jejakanya hanya lepasan SPM dan berkerja biasa-biasa aje? tak ke kasihan dengan mereka. si jejaka mesti korang dah garu kepalakan bila tengok senarai ni? sakit lar kepala jejakaII dekat luar sana fikir mana nak cari duit banyak itu untuk kahwin dengan si gadis pujaan hati diorang ni. contoh terdekat banyak di kalangan kawanII sekelas, sekursus dan seuniversiti dengan saya. 

hurmmm... korang rasa macam mana? saya rasa perlu pertimbangkan semula isu ni. rasanya tak perlu kot nak tetapkan macam ni. biar lar mereka yang nak kahwin tu buat keputusan sendiri berapa jumlah wang hantaran yang diorang nak keluarkan. ikut kemampuan masingII itukan lebih baik. apapa pun setiap tindakan yang di ambil mesti ada pro and cons so, think of it. siapa yang nak kongsi pendapat ke pandangan korang boleh share dekat sini. bukan apa cuma perbincangan ringkas =)





#sayang untungnya awak kalau kita kahwin ikut jumlah ni. kan? hewhewhew =b   

No comments:

Post a Comment