hii dan assalam semua bloggerII sekalian. dah beberapa hari saya tinggalkan blog yang baru saya ciptakan di alam maya ni. maafkan saya bukan niat nak mengabaikan cuma kekangan masa yang menghalang. minggu ni saya agak sibuk dengan test, quiz dan assignment yang bertimbun macam runtuhan batu-bata yang menghempap kepala. atotoiii sakitnya kepala ni. :) bak kata abah "anggap aje ini semua sebagai pengalaman dan rutin kehidupan sebagai seorang pelajar universiti." in shaa allah abah.
hmmm. di sebabkan ada masa yang sikit ni saya nak ambil kesempatan untuk bercakap atau berkongsi tentang cinta 3 penjuru. wahhhh..tajuk pun dah menggambarkan sesuatu yang menyakitkan bagi yang menghadapinya kan? nama pun cinta 3 penjuru dah semestinya melibatkan 3 orang dalam satu perhubungan. menyakitkan lagi memedihkan bagi yang sedang mengalaminya seperti kawan saya yang seorang ni. mempunyai kekasih hati yang berlajar di kampus yang sama sepatutnya menjadikan hubungan itu lebih mesra, akrab dan bahagia namun sebaliknya yang di hadapi oleh kawan saya yang sorang ni. kesian dia :'(
sebagai seorang yang mempunyai perasaan yang sama iaitu perasaan sebagai seorang perempuan membuatkan saya terasa begitu menyentuh bila perkara ini di kongsikan dengan saya. terasa kesian pada gadis A yang boyfriendnya di depan mata tetapi mempunyai cinta lain di tempat lain. yes.! mungkin ada sebab dia berbuat begitu namun seharusnya dia melepaskan sahaja girlfriendnya tu kalau betul dah tak suka atau cintakannya lagi. bagi saya baik dia buat macam tu aje dari pada dia terus menipu, menabur kata janji apabila kantoi dan masa yang sama masih berlaku curang dengan GFnya tu. wanita akan terasa sakit bila BFnya melakukan hal yang macam tu. terasa seperti dipermainkan. sayang memang susah untuk di kikis dari dalam hati tapi dari terus di sakiti lebih baik mereka duduk dan berbincang. kalau betul BF dah tak nak just let her go and GF kalau tak nak terus terasa di sakiti cuba lar untuk berpisah dengan cara yang baik.
bukan niat nak memusnahkan hubungan yang dah sedia terjalin cuma saya berasa sangat simpati dengan GFnya. dari apa yang saya tahu bukan sekali hal ni kantoi bila si GF dapat tahu BF dia ada perempuan lain tapi untuk kali pertama dia bagi peluang dekat BF dia dan berjanji macamII dengan si GF tapi sekarang si BF masih buat hal yang sama. dengan gadis yang sama. jadi apa yang korang semua rasa si GF patut buat lagi selain meniggalkan BF dia tu kan? dari terus di sakiti dan menanggung derita dan sedih lebih baik cari yang lain aje. benda macam ni makin lama makin menyakitkan hati dan akhirnya memakan diri sendiri. siapa yang rugi? tepuk dada tanya hati jangan tanya selera sebab kalau tanya selera tak akan membantu pun. hewhewhew :p
macam mana pun cinta 3 penjuru ni memang sesuatu yang langsung tak indah untuk di alami. saya pangkah cinta 3 penjuru yang macam ni. apa pendapat korang semua? jom komenII atau bagi pandangan korang dekat ruangan komen bawah ni. siapa yang perlu di salahkan? si BF yang berlaku curang atau si GF yang sudah mula membosankan atau si gadis yang di katakan "pengacau" itu? kalau angin tak ada masakan pokok bergoyang. tangan kalau bertepuk sebelah tak akan berbunyi. fikirIIkan lar.
No comments:
Post a Comment