Saturday 20 April 2013

soooo boring

hii dan assalam semua. selamat malam semua bloggers. korang buat apa? semua dah tidur? best lar kalau boleh tidur. saya tak boleh nak lelapkan mata malam ni. tak tahu kenapa. sedih kan? dah lar tingga sorang sepatutnya boleh lar tidur dengan tenang dan aman jayanya tapi hmmm. wahai mata jum lar tidur. badan dah merintih kepenatan sebenarnya tapi mata tetap berlawanan tak nak lelap. tian badan itew. hew hew hew =p

saya sebenarnya bosan tahap to the max dah ni sebenarnya. tak tahu nak buat apa. hati nak text dengan tayunk kite tapi credit pulak ciput tadi lupa nak topap. tu lar padahnya sekarang dah kebosanan. nasib ada miss lappy dan mr.berokband yang saling melengkapi ni boleh lar saya berblogging dan hasilnya tercipta lar entry ni. ngeeee. saya dah tak sabar nak balik rumah sebenarnya. nak jumpa mak, abah, kaklong, abang ngah, nadirah, aizat dan dua orang anak buah kita yang sangat comel macam aunty dia ni. uhuks.! terpuji diri sendiri pulok. mohon mahap yer =)

arghhhh..sooooo bosan. tak tahu nak buat apa. kerja banyak tapi mood nak buat tak ada so macam akan jadi kerja sampah aje kalau buat tengah tak ada mood ni. sebelum kerja jadi macam gumpalan sampah baik jangan buat kan? heeeee. ups.! boyfie saya text loh. sayanggggggg i tak ada credit.!! call me back sayangggg. huk huk huk sedihnya hidup macam ni :'(

okeh lar tak tahu nak tulis apa dah sebenarnya. kbai. hati manyak cidehhh :'(

Friday 19 April 2013

cinta 3 penjuru

hii dan assalam semua bloggerII sekalian. dah beberapa hari saya tinggalkan blog yang baru saya ciptakan di alam maya ni. maafkan saya bukan niat nak mengabaikan cuma kekangan masa yang menghalang. minggu ni saya agak sibuk dengan test, quiz dan assignment yang bertimbun macam runtuhan batu-bata yang menghempap kepala. atotoiii sakitnya kepala ni. :) bak kata abah "anggap aje ini semua sebagai pengalaman dan rutin kehidupan sebagai seorang pelajar universiti." in shaa allah abah.

hmmm. di sebabkan ada masa yang sikit ni saya nak ambil kesempatan untuk bercakap atau berkongsi tentang cinta 3 penjuru. wahhhh..tajuk pun dah menggambarkan sesuatu yang menyakitkan bagi yang menghadapinya kan? nama pun cinta 3 penjuru dah semestinya melibatkan 3 orang dalam satu perhubungan. menyakitkan lagi memedihkan bagi yang sedang mengalaminya seperti kawan saya yang seorang ni. mempunyai kekasih hati yang berlajar di kampus yang sama sepatutnya menjadikan hubungan itu lebih mesra, akrab dan bahagia namun sebaliknya yang di hadapi oleh kawan saya yang sorang ni. kesian dia :'(

sebagai seorang yang mempunyai perasaan yang sama iaitu perasaan sebagai seorang perempuan membuatkan saya terasa begitu menyentuh bila perkara ini di kongsikan dengan saya. terasa kesian pada gadis A yang boyfriendnya di depan mata tetapi mempunyai cinta lain di tempat lain. yes.! mungkin ada sebab dia berbuat begitu namun seharusnya dia melepaskan sahaja girlfriendnya tu kalau betul dah tak suka atau cintakannya lagi. bagi saya baik dia buat macam tu aje dari pada dia terus menipu, menabur kata janji apabila kantoi dan masa yang sama masih berlaku curang dengan GFnya tu. wanita akan terasa sakit bila BFnya melakukan hal yang macam tu. terasa seperti dipermainkan. sayang memang susah untuk di kikis dari dalam hati tapi dari terus di sakiti lebih baik mereka duduk dan berbincang. kalau betul BF dah tak nak just let her go and GF kalau tak nak terus terasa di sakiti cuba lar untuk berpisah dengan cara yang baik.

bukan niat nak memusnahkan hubungan yang dah sedia terjalin cuma saya berasa sangat simpati dengan GFnya. dari apa yang saya tahu bukan sekali hal ni kantoi bila si GF dapat tahu BF dia ada perempuan lain tapi untuk kali pertama dia bagi peluang dekat BF dia dan berjanji macamII dengan si GF tapi sekarang si BF masih buat hal yang sama. dengan gadis yang sama. jadi apa yang korang semua rasa si GF patut buat lagi selain meniggalkan BF dia tu kan? dari terus di sakiti dan menanggung derita dan sedih lebih baik cari yang lain aje. benda macam ni makin lama makin menyakitkan hati dan akhirnya memakan diri sendiri. siapa yang rugi? tepuk dada tanya hati jangan tanya selera sebab kalau tanya selera tak akan membantu pun. hewhewhew :p

macam mana pun cinta 3 penjuru ni memang sesuatu yang langsung tak indah untuk di alami. saya pangkah cinta 3 penjuru yang macam ni. apa pendapat korang semua? jom komenII atau bagi pandangan korang dekat ruangan komen bawah ni. siapa yang perlu di salahkan? si BF yang berlaku curang atau si GF yang sudah mula membosankan atau si gadis yang di katakan "pengacau" itu? kalau angin tak ada masakan pokok bergoyang. tangan kalau bertepuk sebelah tak akan berbunyi. fikirIIkan lar. 

Wednesday 17 April 2013

wajarkah.?


hii dan assalam semua. tadi masa tengah baca surat khabar online saya terbaca tentang isu yang tak berapa nak baru rasanya sebab pernah di bincangkan sebelum ini cuma mungkin baru kini tindakanya di ambil. mengenai apa? tentang apa? harga minyak naik ke? harga gula naik ke? ohhhh... salah. semuanya salah. isu yang saya maksudkan disini adalah mengenai jumlah wang hantaran yang telah di tetapkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

mana yang masih belum tahu tentang isu ini jom tengok ni.

UPSR/PMR/SRP : RM1000 - RM3000
SPM : RM3000 - RM8000
STPM/DIPLOMA : RM8000 - RM12 000
DEGREE : RM12 000 - RM15 000
2ND DEGREE/ MASTER : RM15 000 - RM20 000 
PHD : RM 20 000 - RM30 000

haaaa ini lar dia senarai wang hantaran kahwin yang di keluarkan oleh pihak JAKIM. korang semua rasa wajar ke perkara ini di selaraskan macam ni? wang hantaran di senarai pendekan mengikut status akademik seseorang. apa pandangan korang tentang isu ini? bagi aku ini sesuatu yang menarik untuk di bincangkan dekat sini. okeh untuk tulisan yang berwarna oren tu adalah status pendidikan saya yang menuntut di salah sebuah universiti tempatan. itu maknanya wang hantaran untuk majlis perkahwinan saya di masa akan datang *kalau diberi jodoh. in shaa allah* adalah sebanyak itu? persoalanya cukupkah memandangkan dengan harga barang yang tingginya pada masa sekarang? bukan nak demanding cuma persoalan yang terlintas di kepala bila memandangkan jumlahnya.

macam mana pula dengan pasangan yang si gadisnya lebih berpelajaran tinggi? mungkin di peringkat degree. sedangkan si jejakanya hanya lepasan SPM dan berkerja biasa-biasa aje? tak ke kasihan dengan mereka. si jejaka mesti korang dah garu kepalakan bila tengok senarai ni? sakit lar kepala jejakaII dekat luar sana fikir mana nak cari duit banyak itu untuk kahwin dengan si gadis pujaan hati diorang ni. contoh terdekat banyak di kalangan kawanII sekelas, sekursus dan seuniversiti dengan saya. 

hurmmm... korang rasa macam mana? saya rasa perlu pertimbangkan semula isu ni. rasanya tak perlu kot nak tetapkan macam ni. biar lar mereka yang nak kahwin tu buat keputusan sendiri berapa jumlah wang hantaran yang diorang nak keluarkan. ikut kemampuan masingII itukan lebih baik. apapa pun setiap tindakan yang di ambil mesti ada pro and cons so, think of it. siapa yang nak kongsi pendapat ke pandangan korang boleh share dekat sini. bukan apa cuma perbincangan ringkas =)





#sayang untungnya awak kalau kita kahwin ikut jumlah ni. kan? hewhewhew =b   

Tuesday 16 April 2013

new comer


hello dan assalam semua. selamat malam dan selamat berkenalan dengan saya. salam perkenalan untuk semua dan selamat membaca cerita hidup saya.

"setiap yang hidup telah ditetapkan jalan cerita disebaliknya dan hanya pencipta yang mengetahui segalanya. kita sebagai pelakon utama dan DIA adalah pengarahnya."  

“Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving.” 

salam perkenalan =)